MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 18 Mac 2020
Anwar ingatkan PM - Penjaja bukan menteri dengan gaji besar
MALAYSIAKINI
Presiden
PKR, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya
segera menyalurkan bantuan kepada golongan yang bergaji harian, agar
mereka tidak kelaparan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
“Kita jangan lupa ramai penjaja, peniaga kecil, nelayan, pekebun kecil yang kerja kais pagi makan pagi.
“Kalau tidak ditentutkan bantuan segera, mereka akan melahap kelaparan,” katanya secara langsung di laman Facebook, petang tadi.
Perintah
kawalan pergerakan yang bermula hari ini hingga 31 Mac, bertujuan untuk
membendung penyebaran pandemik Covid-19, dengan menyekat pergerakan
umum.
Walaupun
kerajaan telah membuat pengecualian ke atas beberapa sektor dan
perkhidmatan yang penting dan terpilih, sebahagian besar telah
dinasihatkan supaya tinggal di rumah.
Sebagai contoh, pasar tani dan pasar malam tidak dibenarkan beroperasi.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau menyokong tindakan supaya penjaja kecil menghentikan sementara perniagaan mereka.
“Tetapi mereka bukan menteri dengan gaji besar, mereka hidup dalam keadaan sangat sederhana.
“Tak
ada simpanan lebih satu atau dua hari. Ini juga perlu tindakan, belum
ada kenyataan sedemikian. Belum ada suara tegas kementerian kewangan,”
katanya.
Anwar juga pada masa yang sama melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan potensi gelombang ketiga wabak Covid-19.
Katanya, kerajaan perlu bertindak bagi memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan tidak akan terjejas sekiranya ini berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan