Jumlah kumulatif meningkat kepada 790 orang
KUALA LUMPUR – Sebanyak 117 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12
tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 790 kes, kata
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau
berkata 80 daripada 117 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di
Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.
“Sehingga
kini, sebanyak 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi
(ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan