HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Mac 2020

Harga minyak turun lagi

HARAKAHDAILY



PUTRAJAYA: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97, mencatatkan penurunan sebanyak 7 dan 9 sen seliter berkuat-kuasa esok hingga 20 Mac.

Merujuk kepada satu kenyataan Kementerian Kewangan, Mekanisme Harga Automatik (APM), harga bagi RON95 turun daripada RM1.89 seliter kepada RM1.82 seliter.

Manakala, harga bagi RON97 turun daripada RM2.19 seliter kepada RM2.10 seliter dan Diesel dari RM1.96 seliter kepada RM1.87 seliter.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan sama menjelaskan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia ketika ini dipengaruhi oleh geopolitik dunia.

Ia dipercayai disebabkan oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yang difahami memberi kesan langsung kepada ekonomi global.

Justeru itu, sebagai langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna dan mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada kerajaan, harga runcit bagi dua produk petrol RON95 dan diesel diturunkan.

Sementara itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia selain mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, terutamanya dalam menangani peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga.HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: