KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bermula
semalam hingga 31 Mac, 2020 dijangka memberi impak negatif jangka pendek
terhadap jualan hartanah tempatan dan amanah pelaburan harta tanah
(REIT) runcit, kata AmInvestment Bank.
Bank pelaburan itu menjangkakan jualan hartanah tempatan akan mencatat prestasi rendah berikutan kebanyakan pelabur berhasrat menangguhkan pelancaran baharu.
“Pada masa yang sama, mereka juga akan turut menilai situasi
ekonomi sebelum memutuskan sama ada untuk menyemak semula sasaran
jualan. Bagaimanapun, kami yakin adanya limpahan positif ke atas jualan
hartanah tempatan susulan impak negatif ekonomi tempatan,” katanya dalam
nota penyelidikan hari ini.
Bank pelaburan itu menjangkakan jualan hartanah tempatan akan mencatat prestasi rendah berikutan kebanyakan pelabur berhasrat menangguhkan pelancaran baharu.
Bank pelaburan itu berkata, ia menyemak semula unjuran pendapatan bagi sektor itu untuk mencerminkan impak tersebut.
“Bagaimanapun, sekiranya keadaan ekonomi dan jualan baharu pulih pada masa akan datang, kami akan menyelaraskan diskaun kami kepada RNAV, kepada 50 peratus semula,” kata AmInvestment Bank.
Menurut bank pelaburan itu, impak negatif akan wujud kepada Pavilion
REIT (PREIT) dan Sunway REIT (SREIT) di mana kebanyakan hartanah
mereka melibatkan pusat beli-belah.
“Kami menjangkakan limpahan positif kepada ekonomi mungkin mengheret sentimen negatif yang seterusnya. Oleh itu, kami menyemak semula pendapatan tahun kewangan 2020 dan 2021 kepada lebih rendah iaitu masing-masing 15.8 peratus dan 15.5 peratus bagi PREIT dan masing-masing 13.0 peratus dan 13.4 peratus bagi SREIT,” katanya.
Secara keseluruhan, AmInvestment Bank mengunjurkan prospek bagi hartanah runcit akan kekal stabil bagi tempoh jangka panjang berikutan pusat beli-belah dan hotel akan mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi 2020 dengan tawaran diskaun 15 peratus bagi bil elektrik bulanan selama enam bulan, mulai April hingga September 2020.
Pada masa yang sama, pusat beli-belah juga digalakkan menurunkan
kadar sewaan kepada penyewa, manakala pihak hotel disaran menawarkan
potongan harga kepada pelanggan. – MalaysiaGazette“Kami menjangkakan limpahan positif kepada ekonomi mungkin mengheret sentimen negatif yang seterusnya. Oleh itu, kami menyemak semula pendapatan tahun kewangan 2020 dan 2021 kepada lebih rendah iaitu masing-masing 15.8 peratus dan 15.5 peratus bagi PREIT dan masing-masing 13.0 peratus dan 13.4 peratus bagi SREIT,” katanya.
Secara keseluruhan, AmInvestment Bank mengunjurkan prospek bagi hartanah runcit akan kekal stabil bagi tempoh jangka panjang berikutan pusat beli-belah dan hotel akan mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi 2020 dengan tawaran diskaun 15 peratus bagi bil elektrik bulanan selama enam bulan, mulai April hingga September 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan