Bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan kekayaan Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Mansor yang mencecah angka hampir RM800 juta, seperti didedahkan di mahkamah.
Najib memetik sebuah buku yang menyebut Tengku Adnan sering berniaga bersama jutawan Vincent Tan dan pernah memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star, Watan dan Mutiara Telecommunications (kini DiGi telecommunications).
“Pada tempoh itu, PM adalah PM keempat dan menteri kewangan ialah bakal PM ke-5/6/7/8/9.
“Sebab itu, perlu tanya mereka berdua jika nak tahu bagaimana Tengku Adnan menjadi kaya masa itu,” kata Najib.
SPRM semalam memulakan siasatan bagaimana kekayaan Tengku Adnan itu diperoleh.
Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada 2001 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Pada tahun 2006 pula Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai menteri pelancongan oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Najib Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.
Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.
Pasaran saham rancak awal 90-an
Menulis di Facebook hari ini, Najib berkata pasaran saham Malaysia sangat rancak pada awal tahun 1990-an.

“Kan PM ketujuh (Mahathir) pernah pesan kepada rakyat pada bulan Januari lalu?
"Jangan simpan rasa iri hati pada orang kaya, pesan Dr M,” katanya memetik kenyataan Mahathir pada 6 Januari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan