ANAK peneroka yang hilang di ladang getah di Felda Papulut, Gerik, sejak 4 Mac lalu, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sebatang anak sungai, hari ini.
Mayat Mohd Hazrin Hamzah, 26, ditemui di daratan berpasir dan berbatu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya, 5.33 petang tadi.
Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, operasi hari kedua ini disertai 45 anggota terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.
"Mangsa dipercayai berjalan sejauh empat kilometer dari lokasi terakhir iaitu tempat diletakkan motosikal dan menuju ke hutan tebal," katanya.
Azizul Aswad berkata, mayat dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Katanya, pemuda yang dipercayai mengalami kemurungan itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan