Pengerusi
Lembaga Penasihat BN dan bekas perdana menteri Najib Razak berkata
sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada batasannya.
"Sebab itu, sokongan kita kepada kerajaan PN ada hadnya," kata beliau yang juga MP Pekan pada suatu hantaran di media sosial malam tadi.
Menjelaskan lanjut, bekas presiden Umno berkata itulah sebabnya tiga pemegang jawatan tertinggi partinya tidak ada di dalam barisan kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
"Sebab itu presiden, timbalan presiden dan ketua pemuda Umno tidak ada dalam kabinet kerajaan hari ini.
"Kita hanya pertahankan kerajaan PN ini sehingga PRU15," katanya lagi.
Pertikaian komposisi kabinet
"Keanggotaan
kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok
Bersatu dan Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali," katanya dalam satu
kenyataan.
Bersatu
pada masa ini memegang lebih banyak jawatan kabinet dan timbalan
menteri berbanding jumlah kerusi Dewan Rakyat dalam gabungan yang
terdiri daripada Umno, PAS dan GPS.
Ini menyebabkan Ketua Umno bahagian Johor Bahru Shahrir Samad dan ahli majlis tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman serta Azalina Othman mempertikaikan komposisi berkenaan.
Selepas mesyuarat
majlis tertinggi Umno kelmarin, Zahid mempertahankan komposisi kabinet
Muhyiddin dengan mengatakan parti itu akan memastikan prinsip 'semak dan
imbang' terhadap kerajaan pimpinan perdana menteri itu.
Susulan
daripada gerakan yang dinamakan Langkah Sheraton, bekas timbalan
presiden PKR Azmin bersama 10 anggota parlimen lain keluar parti dan
menyertai Bersatu.
Situasi itu membawa kepada krisis politik yang menyaksikan Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan selaku perdana menteri ketujuh.
Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dan membentuk PN dengan sokongan Umno, PAS, GPS.
Setakat ini, PN berjaya merampas Johor, Melaka dan Perak apabila majoriti anggota parlimen menukar sokongannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan