HALAMAN SANTAI

Sabtu, 14 Mac 2020

Hikmah COVID-19

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

 

Pengharapan penuh kepada Allah agar diselamatkan dari wabak

1. MEMBAWA kita kepada ajaran Islam yang sebenar dalam konteks saling mengingati ke arah kebaikan dan kesabaran, keperluan menjaga kebersihan dan mengutamakan kepentingan umum daripada diri sendiri

2. Membawa kita kepada sunnah junjungan Nabi yang mulia tentang menutup mulut dan merendahkan suara ketika bersin

3. Membawa kita kepada rasa taqwa dan pengharapan penuh kepada Allah SWT agar diselamatkan dari wabak ini

4. Membawa kita kepada amalan pelbagai doa dan zikir bagi memohon kesihatan dan keselamatan dari musibah yang begitu jarang kita amalkan pada waktu biasa

5. Membawa kita kepada mengurangkan aktiviti luar dan fokus kepada masa berkualiti bersama keluarga, melakukan refleksi diri serta pelbagai amal ibadah peribadi.

*Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA


Tiada ulasan: