Ramai penduduk mula berpusu-pusu meninggalkan Lembah Klang sebelum perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa menjelang tengah malam ini.
Pada jam 10.20 malam, aplikasi trafik Google Maps dan Waze menunjukkan trafik luar biasa dari Lembah Klang menuju Lebuhraya Utara-Selatan pada kedua-dua arah utara dan selatan.
Perkara yang sama diperhatikan di sepanjang Lebuhraya Karak, dengan pemandu kebanyakannya memandu menuju ke arah Barat.
Saksi di lokasi juga memberitahu Malaysiakini bahawa stesen Terminal Bas Selatan penuh dengan orang ramai yang mahu meninggalkan Lembah Klang.
Orang
ramai yang berada di stesen bas dan balai polis berkenaan juga dilihat
tidak menjarakkan diri antara satu sama lain sebagai langkah mengelakkan
jangkitan.
Pakar
penyakit berjangkit Dr Christopher Lee memberi amaran bahawa aktiviti
itu mungkin menyukarkan usaha menghentikan penyebaran virus Covid-19.
Bekas
ketua di unit penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan itu memberi
amaran terdapat kemungkinan individu yang membawa virus itu di kalangan
mereka yang cuba meninggalkan Lembah Klang dan berpotensi menyebarkan
penyakit itu ke seluruh negara.
"Mungkin kita sepatutnya memahamkan orang awam berminggu lebih awal tentang apa langkah-langkah mitigasi yang berpotensi.
"Mereka
perlu memahami rasional sekatan pergerakan. Ini akan menjadi cara yang
tidak produktif jika mereka tidak faham, "katanya.
Begitu juga, doktor pakar, Helmy Haja Mydin, menyatakan
bahawa "penghijrahan" beramai-ramai itu akan membawa kepada kesan
kenaikan jangkitan Covid-19.
Beribu-ribu
orang tidak perlu bekerja esok berikutan perintah kawalan pergerakan
yang mewajibkan kebanyakan perniagaan ditutup sehingga 31 Mac.
Bagaimanapun, kerajaan tidak mewajibkan orang ramai berada di rumah sepanjang tempoh perintah itu berkuat kuasa.
LIHAT TWITTER DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan