Retail Group Malaysia berkata perintah itu, yang akan berkuatkuasa sehingga penghujung bulan, akan menyaksikan pusat beli-belah, kedai runcit, kafe dan restoran ditutup.
Pengarah Urusan Tan Hai Hsin perintah kawalan itu juga akan memberi kesan pada aliran tunai peruncit dalam mengekalkan perniagaan mereka, terutama pemilik perniagaan kecil-kecilan, serta kemampuan membayar gaji kakitangan pada hujung bulan.
“Kadar pertumbuhan jualan runcit pada suku pertama 2020 mungkin turun ke zon merah 2 angka,” katanya kepada FMT, dan menambah penurunan bilangan pembeli jelas sejak gelombang kedua virus melanda pada hujung Februari.
Tan memberi amaran perintah kawalan turut memberi kesan kepada peruncit yang bergantung pada pelancong asing, meramalkan Malaysia akan menyaksikan tiada kemasukan pelancong asing pada bulan depan.
“Akibatnya, kita boleh menjangkakan penutupan beberapa kedai runcit di kawasan yang bergantung kepada pelancong dalam 2 bulan akan datang.”
Beliau menambah, sesetengah peruncit, terutama di KLCC, Bukit Bintang, dan kawasan “Chinatown” serta pusat peranginan di pulau-pulau melaporkan penurunan 80% sejak Januari.
Walaupun selepas perintah itu berakhir akhir 31 Mac, katanya, sektor runcit akan mengambil masa untuk pulih kerana perbelanjaan pengguna dijangka mengambil masa 2 hingga 3 bulan untuk kembali ke momentum pembelian seperti tahun lepas.
Malah, pasar raya, kedai runcit dan farmasi yang menikmati jualan yang lebih tinggi bulan lepas mungkin mengalami penurunan selepas Mac kerana pengguna menyimpan bekalan, katanya.
Sementara itu, sektor kecil peruncitan termasuk fesyen, elektrik dan elektronik, dan perabot mungkin tidak dapat menutup kerugian yang ditanggung dalam 2 bulan lalu.
“Ini kerana pendapatan boleh guna kebanyakan rakyat terkesan akibat wabak Covid-19,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan