
Ketua Wanitanya, Haniza Mohd Talha berkata, seluruh sayap pergerakan parti itu tetap kukuh dan tetap dengan prinsipnya tanpa mengkhianati teras perjuangan parti.
“Wanita Keadilan tidak boleh berada di situasi yang boleh memecahkan kesatuan wanita kerana ia mampu menjejaskan gerakan dan kerja untuk rakyat.
“Wanita Keadilan turut menggesa supaya kesemua kepimpinan dan anggota Parti Keadilan Rakyat merapatkan saf dan tidak lagi memburukkan keadaan dengan menambah kepada kucar-kacir yang melanda parti kita sejak kejatuhan kerajaan pusat Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya itu berpendapat tindakan PKR menjejaki anggota-anggota untuk dipecat hanya akan memecah-belahkan serta melemahkan lagi keutuhan parti tersebut.
Menurutnya, Wanita PKR mengambil pendekatan bahawa sekiranya ada anggota-anggota yang ingin meninggalkan parti, mereka bolehberbuat demikian.
“Kami akan berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara dan menjemput kesemua 14 orang ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang mahu mendengar pendirian kami untuk secara berhemah hadir serta berbincang dalam mesyuarat parti.
“Kita semua perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga hari ini dan merungkai kenapa kita gagal dalam usaha mengangkat presiden sebagai Perdana Menteri Ke-8.
“Marilah kita semua melahirkan azam, keikhlasan dan tekad untuk membangun parti kita sebagai sebuah parti yang mantap dan berkebolehan bagi menerajui Pakatan Harapan,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan