
Mereka perlu mengambil iktibar daripada kerajaan Pakatan Harapan dahulu yang sibuk berantakan berebut jawatan, sehingga runtuh dan tersungkur angkara tindakan sendiri setelah mengecap kejayaan memerintah hanya 21 bulan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf berkata, selain pemulihan ekonomi, keutamaan lain yang harus diberikan tumpuan adalah usaha meningkatkan kuasa beli rakyat yang semakin terhad, pembelaan rakyat bawahan termasuklah petani, nelayan, peneroka dan pekebun kecil yang dinafikan pelbagai bentuk bantuan di kala harga komoditi jatuh merudum dan nasib penjawat awam yang masih tertunggak hak-hak kebajikan mereka perlu turut diberi perhatian segera.
Di samping itu katanya, hubungan antara kaum harus kembali diharmonikan, selain daripada memastikan amalan tadbir urus yang baik dan prinsip ‘Rule of Law’ benar-benar diamalkan dalam pemerintahan.
“Bagi Pemuda UMNO, keutamaan parti kini seharusnya berteraskan untuk terus memulihkan keyakinan rakyat dengan memperlihatkan kejujuran berkhidmat demi menyelamatkan negara.
“Paling utama adalah untuk UMNO kekal fokus dengan agenda rakyat, agar kita mampu meraih kembali kepercayaan penuh mereka dengan mandat yang baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan