
Melalui sebuah pesanan WhatsApp yang dihantar beliau kepada Astro AWANI, beliau menyatakan sebab beliau membuat keputusan meninggalkan Malaysia adalah kerana risau tentang keselamatan keluarganya berikutan perubahan kerajaan Pusat baru-baru ini.
“Kepada
semua rakan Malaysia yang kami cintai, dengan rasa rendah diri, dan
penuh kesedihan (saya serta keluarga) terpaksa meninggalkan negara yang
kami cintai ini.
“Kami kini sudah selamat sampai di Switzerland, tetapi hati dan jiwa kami tetap bersama anda semua,” ujar beliau.
“Semoga Tuhan memberkati kamu semua,” Justo menambah.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/xavier-andre-justo-tinggalkan-malaysia-risau-keselamatan-keluarga-232675
Sebelum ini, Justo telah menjadi watak penting dalam mendedahkan isu 1MDB dan telah menjadi saksi penting dalam siasatan 1MDB.
Pada 1 Februari 2019, Justo menerima AS$2 juta (RM8.2 juta) daripada Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong sebagai ‘hadiah’ atas bantuannya mendedahkan isu salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan