HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 April 2020

Tiada kematian baru Covid-19 hari ini, kes positif paling rendah

Mohd Zaini Samsu Hadi
MGF04042020_Sidang-Media-KP-KKM_07
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Tiada kematian baharu direkodkan berkaitan Covid-19 sejak 24 jam yang lalu selepas kali terakhir dilaporkan pada 19 April lepas.

Bagaimanapun, masih ada lagi penambahan 36 kes positif baru dicatatkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menjelaskan, sehingga pukul 12 tengahari hari ini jumlah kematian kes Covid-19 kekal 89 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes (60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Seperti dilihat beberapa hari ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,425 kes dan ini merupakan bilangan kes harian paling rendah direkodkan setakat ini.

Tambah beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,041 kes dan sehingga kini sebanyak 45 kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ujarnya, daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya lagi, penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: