HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Januari 2021

Ahli Parlimen PH cabar pengisytiharan darurat di mahkamah minggu ini

MINDA RAKYAT


PETALING JAYA:
Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) akan memfailkan tuntutan untuk mencabar tindakan kerajaan mengisytiharkan darurat di mahkamah minggu ini.

Ahli Parlimen Selayang William Leong dari PKR berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguam berhubung beberapa perkara sebelum memulakan proses undang-undang itu.

“Ya betul, (kita akan memfailkan minggu ini). Tarikh belum ditentukan lagi sebab kita sedang bincang dengan peguam,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada tuntutan itu akan dibuat bersama semua wakil rakyat PH yang lain atau secara berperingkat, beliau berkata perkara itu juga dalam perbincangan.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar pengisytiharan darurat yang disifatkan tidak berasas.

Langkah itu susulan tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini.

Semalam, bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat.

Dalam saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khairuddin mengemukakan soalan perundangan untuk dijawab mahkamah mengenai sama ada Muhyiddin, yang didakwanya kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, boleh menasihati Sultan Abdullah untuk membuat pengisytiharan darurat.

Selasa lalu, Agong mengisytiharkan darurat hingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.

Tiada ulasan: