Wan Syamsul Amly
Sumber
memaklumkan, situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di kalangan
ahli-ahli Parlimen UMNO kian lemah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang
mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas
Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.
Menurut
sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat
demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang
baharu.
"Malangnya,
usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju
dengan langkah tersebut yang dilihat 'menderhaka kepada Agong' manakala
hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju," katanya.
Terdahulu,
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor mengantar surat
kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk
mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.
Bagaimanapun,
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Ahmad
yang didakwa menghantar surat kepada Ahli Parlimen menggesa sidang
diadakan dalam masa terdekat.
Menurut
Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka
kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat
pada 12 Januari lepas.
Dalam pada itu,
sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO, www.umnobaru.org turut
menyediakan laporan terperinci beserta gambar dan surat SUA UMNO itu
yang dialamatkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.
Mengulas
lanjut, sumber memaklumkan, situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di
kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO kian lemah setelah usahanya mendapatkan
akaun bersumpah (SD) baru-baru ini gagal.
Tegas
sumber itu lagi, ia juga bukti jelas ahli-ahli UMNO harus segera
'merehatkan' Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti kerana
sanggup mengikut telunjuk Najib bersama beberapa ahli-ahli Parlimen UMNO
yang diheret dalam pelbagai tuduhan di mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan