Hishammuddin Hussein
2.
Walaubagaimanapun, dalam menentukan kerjasama politik, UMNO harus
mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan
kehadapan parti. Pertimbangan yang dibuat jangan bersandarkan emosi dan
kesan jangka masa pendek.
3. Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan UMNO, dan juga kedudukan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
4. Jika parti berkeputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu, parti harus putuskan dengan siapa UMNO akan bekerjasama menjelang PRU15. Adakah dengan DAP? Adakah dengan PKR? Atau bersendirian?
5. Perancangan kerjasama politik UMNO harus dibuat dengan teliti kerana pilihanraya bukannya esok. UMNO mesti lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan.
6. Iktibar yang harus diambil oleh UMNO adalah kita (BN) hanya menang 79 kerusi pada PRU-14 daripada 133 kerusi yang kita menangi pada PRU-13. Ini bermakna kita kehilangan 54 kerusi. Kita harus insaf dari pengalaman ini.
7. Tambahan, kita masih berperang dengan COVID-19. Kes harian masih tinggi. Negara juga sedang dilanda banjir. Ekonomi juga sedang dipulihkan. Jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat. Parti UMNO sedang diberi peluang untuk buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin kita prihatin, berkemampuan, dan bersungguh-sungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat.
8. Pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan COVID-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin. Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
9. Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan. Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan