Kedua: UMNO hanya terima PAS dan tolak BERSATU.
Ketiga: UMNO tolak PAS dan BERSATU dlm masa yg sama bekerjasama dengan DAP dan Anwar membentuk kerajaan baru.
Alhamdulillah..dlm
PAS hanya ada satu mazhab. Iaitu menerima UMNO dan BERSATU atas dasar
dan cita2 menyatukan Melayu Muslim. Membentuk kekuatan politik Melayu
Muslim. Menghalang DAP dan mana2 parti yg bersekongkol dengan DAP
daripada merebut kuasa politik negara.
PAS
terima BERSATU kerana bersatu Muslim dan Melayu yg sanggup putuskan
hubungannya dgn DAP dan PH. PAS terima UMNO kerana UMNO Melayu dan
Muslim serta menolak PH dan DAP.
Kenapa PAS tak terima PAN dan PKR sedangkan mereka jugak Melayu dan Muslim?. Jawabnya ialah kerana mereka bersekongkol dgn DAP.
Kalau begitu jika UMNO juga bekerjasama dengan DAP? atau BERSATU kembali kepada PH dan DAP, apakah PAS akan putuskan hubungan dengan UMNO dan BERSATU?. jawapan Ye..!.
Tidak rugikah PAS kalau bersendirian?. Jawapannya mudah.. tanpa Islam itulah kerugian dan kehinaan. Selagi PAS bersama dengan Islam maka selagi itulah PAS tidak akan pernah rugi. Saya yakin..jika ada sekelopok UMNO berselera dengan DAP namun sekelopok besar lagi tetap bersama PAS dan enggan bersama DAP. Begitu juga jika sekelompok BERSATU tergiur dengan DAP namun masih ramai dikalangan BERSATU akan terus bersama PAS. Manakala PAS tidak berubah apa2. Bahkan dengan kebersamaan sekelompok besar UMNO dan BERSATU sudah cukup membentuk satu gabungan besar bagi menghadapi DAP,PAN,PKR,sekelompok kecil UMNO dan skelompok kecil BERSATU yg kembali kpd PH dan DAP.
Namun perlu di ingat bahawa PKR dan PAN sedang menghadapi kemerosotan kepercayaan rakyat yg sangat parah.
Rakyat sudah menyaksikan gaya pemerintahan kerajaan yg menggabungkan BERSATU+PAS +UMNO. mereka juga sudah menyaksikan gaya pemerintahan PH. Sudah tentu rakyat mampu membuat satu penilaian yg tepat demi agama,bangsa dan negara ini.
Insyallah..PRU 15 bakal menyaksikan kerusi pembangkang semakin susut dan Kerusi PAN akan terhapus samasekali.
(*) UMS Pemerhati politik pinggiran.
GOMBAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan