HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Januari 2021

Baru Je Kena Dipecat Dari Jawatan Setiausaha BN, Ini Kata-Kata Padu Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi

http://limauais.pw

Terbaru Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Umno yang memberi peluang untuknya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung BN, sebelum ini.

Dalam satu tangkap layar WhatsApp yang dikongsi dalam ciapan di Twitter beliau sebentar tadi, Annuar menjelaskan dimaklumkan mengenai berita pemecatannya daripada jawatan itu menerusi media.

Annuar tunjuk ayat Whatsapp dia hantar kepada Zahid Hamidi

” Saya diberitahu oleh media… saya dipecat sebagai SUA (Setiausaha Agung) BN dan SUA MN (Setiausaha Agung Muafakat Nasional).

” Saya ucapkan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan itu sebelum ini,” katanya dalam WhatsApp itu yang difahamkan dikirimkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan juga memaklumkan tidak akan memberi sebarang komen berhubung pemecatan itu buat masa ini.

” Ramai yang minta komen… saya tiada apa komen buat masa ini… tempoh bertenang,” katanya.

Hari ini, BN memecat Annuar sebagai Setiausaha Agung dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil tugas Annuar.

Keputusan memecat itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Zahid di ibu pejabat Umno, hari ini.

Annuar sebelum ini dikritik hebat akar umbi Umno yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam BN.

Apa punca Annuar dipecat?

Pemecatan Annuar berlaku ketika Umno menghadapi pergolakan ketika pemimpin tertinggi Umno dan ketua bahagian berpecah sama ada parti itu harus terus bekerjasama dengan Perikatan Nasional, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Annuar dilihat memperjuangkan perlunya Umno bekerjasama dengan parti-parti komponen kerajaan Perikatan, tetapi menentang Zahid yang mengatakan bahawa Umno perlu melakukan cara yang tersendiri untuk memastikannya kekal sebagai parti Melayu yang dominan., lapor The Star.

Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Annuar Musa, sanggup dipecat asalkan dapat mempertahankan “muafakat” parti Melayu dan Islam dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga menegaskan akan tetap mempertahankan keputusan MKT menolak D4P dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

” Kalau nak pecat kerana itu silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong D4P dan Anwar silakan,” katanya di Facebook.

Perkembangan ini menyusuli laporan semalam bahawa Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh di Kelantan, Muhammad Saifullah Ali mengusulkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian supaya Annuar dipecat daripada parti itu.

Saifullah berkata Annuar dilihat menjadi “tali barvt” dan “jurucakap” parti serpihan, PPBM.

Dalam pada itu, Annuar berkata, sepanjang 40 tahun beliau aktif dalam UMNO, mesyuarat perwakilan bahagian selalunya akan membincangkan mengenai orang Melayu, Islam, dan soal rakyat.

Bagaimanapun tahun ini perkara itu tidak berlaku, katanya, dan sebaliknya hanya kedengaran seruan penolakan dan perpecahan sesama Melayu.

” Ser4ng menyer4ng sesama sendiri, D4P sudah boleh senyum,” katanya.

Tiada ulasan: