Firdaus Azil
Wan
Saiful berkata, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk
menumpukan
segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik
COVID-19 dan
memulihkan semula ekonomi negara. - Gambar fail
PETALING JAYA:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan pilihan raya
umum (PRU) hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik
COVID-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.
Ketua
Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan malam tadi
berkata, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala
usaha serta tenaga bagi menangani pandemik COVID-19 dan memulihkan
semula ekonomi negara.
Beliau
berkata, Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha
meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan
pandemik COVID-19 dan bencana banjir ketika ini.
“Tindakan
beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam
keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak
tepat pada masanya,” katanya lagi.
Kenyataan
tersebut dikeluarkan selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu
selesai membuat mesyuarat tergempar yang berlangsung hampir tiga jam di
Menara Yayasan Selangor, malam ini.
Mesyuarat
itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku
Presiden Bersatu, dan turut dihadiri kesemua ahli MPT yang lain.
Wan
Saiful berkata, sebagai parti yang mempelopori pembentukan kerajaan
Perikatan Nasional, Bersatu beriltizam untuk terus mempertahankan
kerjasama politik yang telah dipersetujui bersama parti-parti dalam
kerajaan Perikatan Nasional dengan berpaksikan kepada agenda penyatuan
ummah dan perpaduan seluruh rakyat.
Tegasnya
lagi, ianya akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin
kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa
dan budaya.
“Bersatu
juga menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan
kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan
kerjasama politik yang telah diwujudkan melalui Perikatan Nasional dapat
terus dihormati dan dipelihara.
“Dalam
konteks parti Perikatan Nasional, Bersatu akan terus memperkukuhkan
kerjasama politik bersama parti-parti anggota Perikatan Nasional yang
lain iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Solidariti Tanah Airku
(STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP),” katanya lagi.
Selain
itu, Wan Saiful berkata, parti memutuskan untuk memberi fokus terhadap
pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik
prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan
kepada rakyat yang memerlukan.
Beliau
berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan siri 'Jelajah
Bersatu 2021' dalam masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan
isu-isu semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan