Perdana Menteri berkata, barisan kepemimpinan BERSATU membincangkan pelbagai isu melalui mesyuarat berkenaan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.
Sebaliknya beliau berkata, Hamzah akan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan selepas ini.
"Setiausaha Agung akan mengeluarkan kenyataan rasmi... kita membincangkan banyak perkara," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya mesyuarat MPT BERSATU di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, di sini.
Terdahulu, mesyuarat MPT BERSATU berlangsung lebih tiga jam bermula 8.45 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan