Mahfiz
tidak menolak untuk mengadakan perbincangan sekiranya Pejuang
bersedia
membentuk satu kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) dalam
mendepani
PRU15. - Gambar fail
ALOR SETAR:
Keputusan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bertanding
menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) atau Parti Amanah Negara
(Amanah) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 mungkin merupakan pelan terakhir
yang akan dibuat sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) masih
menolak pendaftaran parti berkenaan.
Naib
Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menyatakan pihaknya ketika ini
difahamkan parti yang dipimpin bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir itu akan melakukan rayuan terhadap permohonan
berkenaan.
Tambahnya,
Pejuang juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengambil alih
parti politik sedia ada yang tidak aktif sekiranya usaha yang dilakukan
mereka gagal.
Mahfuz bagaimanapun tidak
menolak untuk mengadakan perbincangan sekiranya Pejuang bersedia
membentuk satu kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani
PRU15 termasuk menggunakan logo gabungan berkenaan.
"Saya
difahamkan sehingga kini mereka masih membuat rayuan. Saya juga
difahamkan kalau rayuan ini ditolak, mereka masih ada 'plan B' dan 'plan
C'.. saya anggap menggunakan lambang ataupun atas nama Amanah ataupun
Warisan ataupun mana-mana parti adalah 'plan' yang terakhir yang akan
diputus oleh parti pihak Dato Mukhriz,
"(Ini)
kerana mereka masih mempunyai pilihan untuk mengambil alih parti parti
politik yang tidak lagi aktif tetapi sudah pun berdaftar dengan RoS,
jadi kami sedia untuk berbincang apa bila tiba waktu itu," ujar Mahfuz.
Beliau
berkata demikian ketika sidang media secara atas talian mengenai
pelaksanaan beberapa projek kerajaan secara rundingan terus pada Selasa.
Pada
9 Januari lalu, Mukhriz menjelaskan bahawa calon Parti Pejuang Tanah
Air (Pejuang) tidak akan bertanding sebagai calon Bebas sekiranya parti
itu tidak didaftarkan secara sah menjelang PRU15.
Menurutnya,
parti itu tidak menolak kemungkinan akan bertanding di bawah logo Parti
Warisan Sabah (Warisan) dan beberapa parti lain.
Bagaimanapun,
menurutnya, penggunaan lambang atau logo parti lain bukanlah pilihan
pertama dan merupakan salah satu dari alternatif sekiranya pendaftaran
Pejuang tidak dapat dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan