Astro Awani
Timbalan
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin
Ayub
mendakwa, sesetengah pihak yang meminta mereka berhenti berpolitik
pun
sebenarnya tidak pernah berhenti berpolitik.
KUALA LUMPUR :
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat
terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik
dihentikan buat masa ini.
Timbalan
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub
mendakwa, sesetengah pihak yang meminta mereka berhenti berpolitik pun
sebenarnya tidak pernah berhenti berpolitik.
“Saya
rasa orang politik ini, kita berpolitik. Kalau orang politik tak boleh
main politik, kita nak main apa, main Mak Yong, main congkak? Jadi saya
rasa orang politik ini, kita berpolitik.
“Kita
harus melihat isu-isu negara. Mereka katakan kita berpolitik, jadi
adakah mereka tidak berpolitik? Meluluskan, sebagai contoh,
projek-projek yang tidak relevan buat masa ini, pembinaan tiga dewan
dengan harga RM35 juta, nak dibiarkan begitu?
“Nak
suruh kami jangan berpolitik, tidak! Kami berpolitik untuk rakyat, kita
berpolitik untuk semak dan imbang, untuk bercakap dalam sidang
Parlimen,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Tambahnya, pembangkang akan terus mendesak supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.
Menurutnya,
sebagai ahli Parlimen, mereka mempunyai hak untuk tidak bersetuju
dengan Proklamasi Darurat dan ia masih dalam kerangka Perlembagaan di
mana mereka berhak untuk menyuarakan pandangan.
Mengambil
contoh situasi di England, ada ahli Parlimen dan parti politik mendesak
Ratu Elizabeth campur tangan dalam isu Brexit dan kadangkala Ratu turut
memberikan pandangan.
“Budaya
itu tidak dianggap menderhaka. Perkataan menderhaka kepada Yang
di-Pertuan Agong itu era lama. Bukan kita mahu mengajak rakyat berarak
ke pintu istana tapi yang kita mahu adalah persidangan Parlimen
diadakan.
“Ia perlu untuk kita adakan
proses semak dan imbang. Kita tak mahu terperangkap dalam permainan
politik satu atau dua orang yang 'bergayut' di pagar istana.
“Sebab
itu, apa yang diusulkan Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim) dan kami sendiri, ia adalah permintaan yang masih lagi kita
bermain dalam kerangka Perlembagaan,” ujarnya.
Tambahnya, tiada cacat cela atau dosa untuk mereka terus menyuarakan pandangan sebegitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan