HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Januari 2021

MCA terkilan, pemecatan Annuar Musa 'tak dirunding'

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pemecatan Annuar Musa sebagai setiausaha agung BN tidak pernah dirunding bersama parti komponen atau diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN, kata MCA.

MCA berkata mereka terkilan dengan laporan itu dan masih tidak dapat mengesahkan kesahihannnya.

“Pada hemat parti MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN, ia perlu dibuat berlandaskan perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan ini haruslah dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” kata MCA.

Annuar, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, dipecat selepas pertemuan pucuk pimpinan Umno dengan ketua-ketua bahagiannya di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang juga pengganti Annuar, berkata kebiasaannya jawatan setiausaha agung BN akan disandang oleh setiausaha agung Umno.

Spekulasi bagaimanapun mengaitkannya dengan kecenderungan Annuar yang dilihat lebih terarah kepada Perikatan Nasional (PN), ketika sentimen berbeza dalam Umno - parti dominan dalam BN.

Pemuda Umno Pasir Puteh sebelum ini mengusulkan Anuar dipecat daripada Umno.

Annuar semalam berkata dia mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi Umno yang menolak DAP dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sedia dipecat susulan pendirian itu.

Dalam kenyataannya petang ini, MCA berkata belum mendapat sebarang notis mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan justeru tiada ulasan lanjut boleh dibuat ketika ini.

Tiada ulasan: