Fauzi Suhaimi
Ahli
Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap
tidak
bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif
tentang
derita rakyat ketika ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa
berkata, desakan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15)
bukan kehendak akar umbi parti.
Sebaliknya,
beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas
mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa
dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini.
“Mendesak
pilihan raya (PRU15) di saat rakyat dan negara berhempas-pulas dengan
COVID-19, banjir, ekonomi jelas mencerminkan bukan sahaja tidak
bertanggungjawab, tetapi memperagakan kemaruk kuasa.
“(Sikap
itu juga) tidak sensitif kepada derita rakyat. Itu bukan kehendak akar
umbi,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada
Khamis.
Sebelum
ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar
PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat
untuk memilih kerajaan baharu.
Katanya, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan COVID-19.
Dalam
pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, UMNO
dijangka berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus mendesak
PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat sekali gus boleh memberi
keuntungan politik kepada pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan