Astro Awani
Mandat
DUN Sarawak yang bakal berakhir pada Jun 2021 dengan tempoh
proklamasi
darurat disebabkan pandemik COVID-19 menjadi dilema utama
negeri
tersebut bagi melaksanakan pilihan raya. - Gambar fail
KUCHING:
Sarawak tetap akan berhadapan dengan cabaran utama iaitu untuk
menyakinkan pengundi untuk turun mengundi sekiranya negeri itu diberi
pengecualian daripada proklamasi darurat bagi mengadakan Pilihan Raya
Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Menurut
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, meskipun jika Sarawak
berjaya mengawal situasi COVID-19 di negeri itu, namun kekhuatiran
pengundi ketika PRN12 perlu dipertimbangkan.
"Yang
menjadi cabaran ialah, kalau PRN Sarawak ke-12 diadakan, bagaimana
(kerajaan negeri) menyakinkan pengundi untuk memastikan mereka
melaksanakan tanggungjawab untuk turun mengundi?
"Harus
diingat dalam pilihan raya negeri yang lalu iaitu pada 2016, Sarawak
mencatatkan sekitar 70 peratus jumlah pengundi yang turun mengundi.
"Jadi
adakah kita dapat mencapai (sasaran) jumlah itu lagi, lebih-lebih lagi
(ketika ini) pengundi sedang dibelenggu kerisauan, kebimbangan dan
ketakutan akibat ancaman virus maut ini?" katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Sabtu. ]
Dalam
hal ini, ujarnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memainkan peranan
penting dalam mengatur strategi yang terbaik sekiranya PRN Sarawak ke-12
diadakan dalam situasi pandemik COVID-19.
"SPR perlu memikirkan langkah di luar kebiasaan dan kelaziman kerana kita berada di dalam satu keadaan yang luar biasa.
"Maka
amalan-amalan ini perlu dikaji. Sebagai contoh, melaksanakan SOP yang
lebih ketat, (memikirkan) tempoh masa mengundi," tambahnya.
Katanya,
jika rayuan itu dipertimbangkan dengan baik maka ia akan membuka jalan
untuk mengadakan PRN12 kerana tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sarawak berakhir Jun tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan