Ridauddin Daud

Menurut
Annuar, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah
dibincang
atau diputuskan parti malah ia bercanggah dengan kenyataan
Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR :
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa menghantar
surat kepada Ahli Parlimen menggesa sidang diadakan dalam masa terdekat.
Menurut Annuar, tindakan itu boleh
ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan
Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.
Tambahnya,
tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah dibincang atau
diputuskan parti, malah ia bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
“Kalau
sudah "menjunjung titah”, dan itu keputusan parti, mengapa pula YB Dato
Seri cuba membelakangi kenyataan rasmi Presiden Parti?
“Surat
YB Dato Seri adalah suatu pelanggaran etika berorganisasi, menghina
keputusan parti dan boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka
kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri
Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan surat dihantar Ahmad itu
mengandungi kesilapan besar dalam mentafsirkan Fasal 150(3) Perlembagaan
Persekutuan.
“Ia juga satu
usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama
dilakukan oleh ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Justeru, Annuar meminta surat itu ditarik balik.

Annuar menegaskan beliau mahu surat itu ditarik balik dan beliau tidak bersetuju dengan kandungan surat berkenaan.
“Saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan yang tidak "constitutional" serta bercanggah dengan dasar dan keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) parti,” tegasnya.
Dalam
pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan surat
dihantar Ahmad itu mengandungi kesilapan besar dalam mentafsirkan Fasal
150(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara
150(3) yang dirujuk bermaksud untuk membentangkan (bagi tujuan
pemakluman kepada Parlimen) tentang Proklamasi dan Ordinan atau
Undang-Undang yang di buat bagi tujuan pengisytiharan (proclamation)
darurat.
“ Fasal 150(3) tidak menyatakan
atau tidak bermaksud mensyaratkan Parlimen bersidang secepat mungkin
atau mewajibkan Parlimen bersidang serta merta selepas proklamasi
darurat dibuat Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.
Kenyataan sama turut dikeluarkan Annuar di akaun Twitter beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan