Wan Syamsul Amly
Menurut
sumber, sokongan yang diperoleh Anwar daripada 10 MP
UMNO tersebut
adalah dalam bentuk SD yang akan dipersembahkan
kepada Yang di-Pertuan
Agong. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Walaupun kemelut Perak telah melabuhkan tirainya dengan pelantikan
menteri besar dari UMNO, namun krisis perebutan kuasa jawatan nombor
satu negara belum menampakkan pengakhirannya.
Terkini,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH)
bersama-sama DAP dan Amanah mendapat 'nafas' baharu' apabila disokong
oleh 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut
sumber yang rapat dengan percaturan tersebut, sokongan yang diperolehi
Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk akuan bersumpah
(SD) yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sumber
itu menjelaskan 10 MP UMNO selain Pekan dan Bagan Datoh ialah Ahli
Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen
Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk
Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri
Bung Moktar Radin.
Selain itu, nama Ahli
Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Machang, Datuk
Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan
Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.
"Walaupun
dengan 'nafas baharu' oleh 10 MP UMNO itu, Anwar belum dapat
mengumpulkan SD yang secukupnya untuk membentuk kerajaan baru dengan
majoriti mudah, apatah lagi majoriti besar 'kukuh dan menyakinkan'
seperti yang didakwa beliau sebelum ini.
"Selain
Ahli Parlimen UMNO, Anwar juga dikatakan mendapat sokongan dua ahli
Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen yang
dahulunya bersama-sama dalam parti Tun Dr Mahathir Mohamad," kata sumber
itu.
Menurut
sumber itu lagi, sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP
itu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi
digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti
itu dan PH.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung
BN, Tan Sri Annuar Musa berkata wujud cubaan dan konspirasi pihak
tertentu untuk mengubah pendirian Barisan Nasional (BN) menolak Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan parti DAP.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan konspirasi menggagalkan dasar "no Anwar no DAP" sedang berjalan dengan menggunakan SD.
"SD cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut diguna.
"Liciknya
pihak yang kempunan kuasa, yang berharap mengambil alih kuasa amat
bijak mengatur strategi," kata Annuar dalam satu hantaran di
Facebooknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan