Astro Awani
Kata
Dr Mohammad Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara
selain memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti. -
Facebook Dr Mohammad Tawfik Yaakub
KUALA LUMPUR:
Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan
kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya,
kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad
Tawfik Yaakub.
Tegasnya, ia sebenarnya
signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak 'terkena sakit
jantung' seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
lepas.
"Saya
yakin ahli UMNO itu mempunyai pandangan yang cukup berbeza dari ahli
politik yang lain, kerana mereka yakin UMNO itu dapat menjadi wadah
kepada orang Melayu.
"Tetapi apabila
ditadbir oleh seorang presiden yang lemah, dan saya yakin inilah kali
pertama dalam sejarah UMNO, seorang presiden yang tidak akan menjadi
perdana menteri.
"Pada PRU14, UMNO diberi amaran 'serangan jantung' yang hampir memautkan UMNO dan kini proses pemulihan itu sedang berlaku.
"Tetapi
kita tidak mahu serangan jantung kedua yang akan melumpuhkan terus
UMNO. Maka perubahan segera perlu dilakukan terhadap UMNO.
"Kita
kena berlapang dada, presiden kena berlapang dada melihat bahawa
kelangsungan UMNO itu lebih penting dari kelangsungan pemimpin," katanya
semasa sidang Skype pada Ahad.
Sebelum
ini, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk
Abdul Rahman Ibrahim, berkata, kemelut politik di dalam UMNO perlu
diselesaikan dengan penuh bijaksana.
Tegasnya,
UMNO perlu dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain
mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan
rakyat juga.
Dalam pada itu kata Mohammad
Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara selain
memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti.
Jelasnya,
percakaran pemimpin dalam UMNO hanya akan memberi imej buruk kepada
parti, rakyat serta kerajaan yang sedang mentadbir negara hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan