HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Januari 2021

UMNO tolak Bersatu sebab hubungan renggang – Ahmad Maslan

MGF05012021_PERJUMPAAN-PRESIDEN-UMNO-19-1
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau sepatah pun tidak menyebut tentang kes mahkamah semasa memberi ucapan dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Bahagian UMNO di Pontian.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, jika sebab kes mahkamah maka UMNO tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengapa UMNO Bahagian Pontian tidak mengusulkan tolak Bersatu.

”Dalam ucapan di Pemuda & di Bhg Pontian pd 3/1/21, sepatah tentang kes mahkamah pun saya tak sebut,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas beliau, lebih 118 bahagian tolak Bersatu kerana hubungan yang renggang di bahagian masing-masing dan sebab-sebab lain

Beliau mengulas mengenai kenyataannya semasa ditemubual  kelmarin.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan sebab kenapa UMNO tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana kes-kes pemimpin UMNO tidak ditarik balik.

Sedangkan, Datuk Seri Najib Razak yang turut tempias dalam isu ini berkata, Ahmad bercakap mengenai ketidakadilan perundangan dan salahguna kuasa kerajaan semasa Pakatan Harapan (PH) bawah (Tun Dr.) Mahathir (Mohamad) tidak diperbetulkan oleh kerajaan PN.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pontian itu merujuk secara spesifik kepada 121 kes lucut hak serta kompaun melibatkan 41 pihak yang disita dan 80 orang yang dikompaun. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: