PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, bukti hitam putih menunjukkan sokongan setia Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rundingan yang dijalankan dengan DAP untuk membentuk satu gabungan.
Beliau merujuk surat Presiden UMNO itu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan kesetiaan kepada Anwar sebagai calon perdana menteri yang tular beberapa bulan lalu.
Annuar juga mendakwa mempunyai bukti masa dan tempat rundingan yang berlangsung di antara Presiden UMNO dan DAP baru-baru ini.
Katanya, sokongan terhadap Anwar dah DAP itu bercanggah dengan konsensus yang dicapai oleh UMNO secara en-bloc iaitu No DAP, No Anwar, justeru Ahmad Zahid ternyata telah membelakangkan parti apabila berunding dengan kedua-dua pihak.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.
Berita lanjut menyusul. — MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan