HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 April 2021

Ahli politik ‘non muslim’ sahur, iftar bermotif raih sokongan

Athirah Huda Zalhe

Tak nampak pun mereka minat pada Islam, sindir Presiden ISMA

BANGI – Tindakan memberi ruang publisiti kepada ahli politik bukan Islam khususnya dalam hal-hal berkaitan agama hanya akan mengelirukan umat Islam.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, tidak mustahil juga akan ada umat Islam yang keliru dan menganggap iftar serta sahur sama seperti jamuan makan malam dan minum petang.

Bahkan, beliau bimbang jika ada yang turut menganggap duit zakat seperti bantuan sara hidup atau sumbangan kebajikan dan mengangkat ahli politik bukan Islam sebagai pimpinan yang membimbing mereka.

“Kekeliruan itu akan berakhir dengan penyerahan wala’ kesetiaan umat Islam kepada ahli politik non muslim.

“Dan akhirnya digunakan sepenuhnya oleh non muslim untuk meraih sokongan agenda mereka merubah konsep negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, motif ahli politik bukan Islam berbuka puasa, bersahur dan menyampaikan zakat kepada orang Islam hanyalah untuk mengambil sokongan bagi menjayakan agenda mereka semata-mata.

“Adakah mereka ada minat terhadap Islam? Zahirnya tidak nampak begitu. Kerana kalau ada minat, sudah tentu akan ada yang masuk Islam walaupun seorang dua.

“Tidak nampak dari tindakan itu kemasukan beramai-ramai non muslim ke dalam Islam. Tidak berkurang juga pandangan buruk sebahagian mereka kepada Islam dan umatnya,” katanya.

BACA PENUH KENYATAAN USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Tiada ulasan: