HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 April 2021

Kami tidak akan tinggalkan UMNO, BN – IPF

MGF17042021_SIDANGMEDIAIPF08
Presiden IPF, Datuk T. Loganathan bercakap pada sidang media khas Parti IPF Se-Malaysia untuk menerangkan isu-isu semasa politik di Wisma Tan Sri Datuk MG, Pandithan, Seri Kembangan. Foto HAFIZ SOHAIMI

KUALA LUMPUR – Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) berikrar akan terus setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Loganathan Thoraisamy berkata, IPF sentiasa terikat dengan jasa serta impian dua bekas Presidennya, mendiang Tan Sri MG Pandithan dan Datuk M Sambathan yang mahu parti itu bersama BN sejak dulu lagi.

“Saya sebagai Presiden yang mengambil alih tanggungjawab menerajui IPF ketika perlu memenuhi hasrat tersebut, banyak juga persoalan ditimbulkan oleh segelintir media adakah kita akan bersama BN. Jawapan kita tetap sama, kita tidak akan sesekali tinggalkan BN.

“Ini bukan kehendak saya sebaliknya Majlis Teringgi dan juga akar umbi,” katanya pada sidang media mengenai hala tuju IPF di Wisma Tan Sri Datuk MG Pandithan di sini, hari ini.

Kata Logananthan, parti itu sudah menyatakan hasrat tersebut kepada kepimpinan tertinggi BN sebelum ini dan mendapat penghargaan terhadap kesetiaan yang ditunjukkannya itu.

MGF17042021_SIDANGMEDIAIPF06
Presiden IPF, Datuk T. Loganathan bercakap pada sidang 
media khas Parti IPF Se-Malaysia untuk menerangkan isu-isu 
semasa politik di Wisma Tan Sri Datuk MG, Pandithan, Seri 
Kembangan. Foto HAFIZ SOHAIMI,

Tambah beliau, pada pertemuan pemimpin IPF, kepimpinan BN terkejut dengan komitmen serta kesetiaan yang ditunjukkan parti itu selama ini.

“Bayangkan daripada 14 parti yang pernah bersama BN kini tinggal 3 atau 4 sahaja, ketika berada di atas sana dan kini berdepan dengan pelbagai onak namun walaupun permintaan kita tidak dipenuhi selama puluhan tahun namun kami setia.

“Pesanan kedua-dua mendiang Presiden kepada kami hanyalah janganlah sesekali membelakangkan BN dan UMNO,” ujarnya.

Dalam pada itu, Loganathan berkata, IPF akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan wakil rakyat BN dan UMNO telah menyatakan sokongan terhadap PN. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: