Presiden
PAS, Abdul Hadi Awang, menuntut PPBM tetap dijadikan ahli komponen
Muafakat Nasional, di sebalik penegasan Umno mahu menamatkan kerjasama
dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin.
Beliau juga menekankan bahawa Perikatan Nasional yang ditunjangi PPBM adalah sebuah gagasan berdaftar, sekali gus membayangkan kerjasama semua kumpulan Melayu-Islam harus diasaskan menerusi gabungan itu.
Pada sidang media di Marang, Hadi merujuk kepada perjanjian yang dimeterai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengenai penglibatan PPBM dalam Muafakat Nasional.
“Kita sudah bersetuju (dan) sudah tandatangani. Saya tandatangan, Zahid tandatangan, undang Muhyiddin (ke) dalam MN. Itu perlu dilaksanakan. Saya boleh tunjuk surat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan