HANYA semata-mata kerana mahu mempertahankan hak dan
kepentingan umat Melayu Islam PAS dituduh Guan Eng sebagai parti paling
bahaya dalam kerajaan. Mengapa Guan Eng fobia dengan PAS?
Kerana
PAS menjayakan politik perpaduan ummah. PAS menyeru tanpa jemu agar
umat Melayu bersatu-padu jangan lagi berpecah-belah. Berbalah sesama
sendiri bermakna kuasa politik mereka menjadi lemah dan longgar
sebagaimana pasca PRU14.
Negara yang majoriti umat Melayu Islam ini mesti dipimpin oleh yang majoriti bukan sebaliknya. Barulah terpelihara dan tidak tercabar dan dipermainkan hak dan keistimewaan yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baru kukuh Islam sebagai agama Persekutuan, Institusi Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Perundangan dan Kehakiman Islam dan lain-lain.
Apabila politik Melayu Islam dinaungi al-Quran barulah selamat dan sejahtera negara, pemimpin dan rakyat berintegriti, kemungkaran dibendung dan Malaysia makmur dan maju dalam suasana aman dan tenteram.
Kerana itu Guan Eng anggap PAS bahaya. Bahaya pada siapa? Bahaya pada nasib dan masa depan DAP dan sekutunya serta Gagasan Malaysian Malaysia yang dicetuskan mendiang Lee Kuan Yew. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan