HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 April 2021

MIC belum buat keputusan kerjasama dengan Bersatu - Saravanan

Malaysiakini

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan berkata, parti itu masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun katanya, sekiranya MIC bertindak untuk mengikuti jejak Umno, untuk memutuskan hubungan tersebut, parti itu perlu bersiap sedia menghadapi kesukaran pada pilihan raya umum (PRU) kelak.

Ini kerana katanya, MIC setakat ini belum ada pengalaman untuk bertanding dalam PRU sebagai pembangkang.

"Keputusan ini cukup penting kerana kita akan jadi pembangkang dan berkemungkinan tiada akses untuk berkempen dalam dewan.

“Sejujurnya MIC tiada pengalaman (bertanding sebagai) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Tahunan Wanita Pemuda dan Puteri MIC Kebangsaan di sebuah hotel di Klang hari ini.

Tiada ulasan: