Bernama
Muhyiddin
berkata bagi mengekalkan kesepakatan itu, agihan kerusi Parlimen
pada
PRU15 menjadi agenda utama PN. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pendirian PAS untuk kekal bersama Bersatu adalah sebagai semangat setiakawan yang utuh.
Perdana
Menteri, yang juga Presiden Bersatu, berkata semangat tersebut sekali
gus membantu Perikatan Nasional (PN) merangka hala tuju yang jelas
termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Kita
(Bersatu dan PAS) bertekad supaya apa sahaja situasi, kita akan
bersama-sama. Kenyataan bersama Bersatu dan PAS hari ini menampakkan
komitmen kami terhadap hala tuju dua parti ini dalam PN.
"Apapun
yang berlaku, itu soal UMNO tetapi dari sudut kerjasama Bersatu dan
PAS, hala tuju jelas dengan terbentuknya Jawatankuasa Permesyuaratan di
peringkat pusat bagi merangka strategi parti khususnya menghadapi PRU15,
termasuk rundingan pengagihan kerusi," katanya.
Muhyiddin,
yang juga Pengerusi PN, berkata demikian selepas mempengerusikan
mesyuarat Bersatu Johor dan PN Johor secara berasingan di sebuah hotel
di sini, hari ini.
Bersatu dan PAS hari
ini mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan kesepakatan untuk terus
mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15 termasuk bertegas
menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan
pasca-PRU15 terutamanya melibatkan Pakatan Harapan dan sekutunya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata bagi mengekalkan kesepakatan itu, agihan kerusi Parlimen pada PRU15 menjadi agenda utama PN.
Mengenai
mesyuarat PN Johor pula, beliau berkata gabungan itu telah
membincangkan mengenai rundingan bagi menyelesaikan struktur pembahagian
kerusi di Parlimen Johor.
"Struktur
pembahagian kerusi dirunding bagi mengenal pasti sama ada Bersatu, PAS
atau Gerakan yang akan mengetuai. Tetapi keputusan muktamad akan dibuat
oleh pimpinan di peringkat nasional," katanya yang juga Ahli Parlimen
Pagoh.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan