HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 April 2021

Rakyat berhak tahu kemajuan darurat – Shabery

MGF010319_SANTAI-DIAMBANG-PRK07
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Negara sudah memasuki bulan keempat pelaksanaan darurat bagi menangani jangkitan Covid-19, justeru kerajaan perlu memaklumkan kemajuan ‘rawatan’ yang diberikan berkesan atau sebaliknya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam hantaran di Facebook hari ini menggunakan analogi penyakit dalam mengaitkan situasi negara ketika ini.

Katanya, penyakit yang dihadapi negara ialah pandemik dan kelesuan ekonomi.

Ubat yang diberikan ialah darurat, tutup sidang Parlimen, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan pelbagai rangsangan ekonomi dan vaksin, ujarnya.

Tetapi katanya, kesan sampingan yang berlaku ialah korban demokrasi, hutang melebihi had sepatutnya, keresahan sosial dan lain-lain.

Menurut beliau, rakyat juga seperti pesakit yang mengharapkan ‘doktor’ tidak menyembunyikan apa-apa darinya.

Ini kerana, ‘pesakit’ juga ada hak mendapatkan pendapat kedua, ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: