MGF28072019_PC-PEMUDA-GAGASAN-SEJAHTERA40-1
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta neutral dengan turun berkempen untuk mana-mana parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, ini kerana Kerajaan Persekutuan hari ini adalah sebuah kerajaan campuran antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak di bawah kepimpinan Ismail Sabri dan sehingga hari ini beliau berjaya mengemudi kerajaan tanpa berlakunya episod krisis politik sekali lagi.