MALAYSIA POST
PEMIMPIN Veteran DAP, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan siapakah yang akan menjadi calon Perdana Menteri Umno bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) nanti.
Pertanyaan itu timbul selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang disabitkan atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa, kini sedang berusaha untuk membuat kebangkitan semula dalam politik.
“Jadi siapa kan jadi perdana menteri Umno selepas PRU15?
“Adakah (Datuk Seri) Ismail Sabri, atau adakah MCA dan MIC akan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11?” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Kit Siang turut menyamakan usaha Najib itu seperti bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang juga ingin memegang jawatan berkenaan kembali.
“Pada hujung minggu, Trump secara terbuka menyentuh untuk sekali lagi usaha untuk ke White House, dengan organisasi politiknya mengumumkan telah meraih AS$122 juta – jumlah yang begitu besar bagi seorang bekas presiden.
“Ia membangkitkan visi untuk penggal kedua yang akan berfungsi sebagai alat dendam peribadi dan menjadi lebih autoritarian berbanding penggal pertamanya, apabila dia berikrar untuk memberi pengampunan kepada pemberontak di bangunan Capitol AS jika dia kembali bertanding dan menang
“Najib yang telah pun membuat persediaan untuk kemunculan semula dengan memberi ucap tama di sebuah persidangan antarabangsa dan muncul dalam wawancara halaman muka depan akhbar utama.
“Walau beliau penjenayah yang telah disabitkan atas kesalahan korupsi, tidak syak lagi merupakan ahli politik Malaysia yang memiliki sumber kewangan paling kukuh – dengan tentera siber terbesar – untuk membentuk pandangan umum dengan penipuan dan maklumat yang salah,” katanya.
Beliau berkata, Najib menjadi Perdana Menteri keenam sejak 2009 hingga 2018, manakala Trump adalah presiden AS ke-45 sejak 2017 hingga 2021.
“Sama seperti Trump yang tidak keberatan untuk membersihkan
pemberotakan Capitol pada 6 Jan 2021, Najib juga tidak raug-ragu untuk
membersihkan skandal 1MDB,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan