HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Februari 2022

Jika BN tidak relevan PN bagaimana pula? – Puad

Mohd Puad Zarkashi UMNO Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob cabinet reshuffle
Mohd Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zakarshi pelik dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan parti Barisan Nasional sudah tidak relevan dalam arus politik hari ini.
 
Namun bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, tiada berbeza dengan pakatan Perikatan Nasional (PN) yang turut ditubuh hasil gabungan bukan parti Melayu juga.
 
“Ustaz Hadi dakwa BN sudah tidak relevan. Dia tidak beri sebarang alasan. Menurut Hadi, perjuangan PN bukan penyatuan ummah sahaja tetapi rakyat Malaysia yang majmuk.
 
“Kalau begitu, apakah PN adalah parti pelbagai kaum yang relevan? Di PRN Melaka, BN menang majoriti 3/4. MCA menang dua dan MIC satu kerusi. BN kembali diterima rakyat.
 
Di PRN Johor, dua ADUN PPBM (Setia Wangsa dan Larkin) keluar parti.
 
“Kedua-duanya Exco. Mereka menang di PRU 14 kerana sokongan undi Cina. Di Puteri Wangsa, pengundi Cina 60%,” tulisnya di Facebook miliknya.
 
Puad menambah, PN juga yakin pengundi Cina tidak menyokong lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti
 
“Kali ini mereka tidak yakin pengundi Cina akan sokong PPBM. Sebab itu Muhyiddin tidak berani pertahankan Bkt Gambir (undi Cina 30%). Maka relevankah PPBM dan PN?
 
“PPBM didukung ramai katak. Banyak katak ini patah kaki. Makin ramai akan keluar PPBM. PAS juga akan patah kaki. Pas akan pecah rekod. Parti paling banyak keluar masuk gabungan politik,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: