HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Februari 2022

Konspirasi pasti dibuat untuk singkirkan Pas, dakwa Zuhdi

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata parti itu berkemungkinan besar kembali menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, jangkaan tersebut memandangkan adanya konspirasi untuk menyingkirkan Pas di dalam kerajaan.

“Kedudukan Pas di dalam kerajaan ini sudah pasti sangat dibimbangi terutama oleh kuasa Barat dan Timue

“Konspirasi pasti dilakukan untuk menyingkirkan Pas.

“Hari ini, belum pun sampai dua tahun Pas sudah mula tersingkir beransur-ansur dan berkemungkinan besar selepas PRU-15, Pas kembali menjadi pembangkang,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Tiada ulasan: