Demikian bunyi catatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil yang dikongsi bersama SUARA MERDEKA hari ini.
“Kita tak payah ambillah kerja yang atas-atas (pimpinan). Dengan siapa (PAS) nak duduk, kerusi nak berapa. Kita yang bawah-bawah ni terima arahan sahaja”, katanya.
Saya mendapat makluman bahawa sebahagian ahli PAS tidak mahu bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional sebaliknya mereka lebih cenderung kepada Muafakat Nasional dengan UMNO. Namun pemimpin-pemimpin atasan PAS tidak mahu mendengar saranan akar umbi mereka ini.
Dalam UMNO kita lebih terbuka. Kita galakkan akar umbi kita untuk bertanya soalan kepada pemimpin supaya penerangan dapat dibuat dengan jelas dan berterusan berkenaan halatuju parti yang memberi kesan kepada semua ahli dan supaya keputusan boleh dibuat secara lebih berkonsensus.
Hampir semua (jika tidak semua) keputusan-keputusan penting dalam UMNO dibuat berdasarkan maklumbalas dan persetujuan akar umbi.
Semak-imbang ini juga penting supaya pemimpin lebih “accountable” atau bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan yang mereka buat. Ia juga membuatkan UMNO lebih demokratik dan stabil.
Oleh sebab ini juga UMNO mempraktikkan hal ini dalam membuat dasar-dasar kerajaan untuk rakyat dengan sentiasa mendengar denyut nadi dan aspirasi rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan.
Saya harap semua pemimpin-pemimpin politik tidak kira dari parti mana dan juga pemimpin-pemimpin kerajaan supaya lebih terbuka untuk mendengar maklumbalas daripada rakyat dan akar umbi.
Zaman pemimpin dan kerajaan tahu semua dan membuat keputusan sendiri tanpa maklumbalas rakyat telah lama berlalu.
Lebih banyak maklumbalas kita terima dari orang ramai yang kita wakili, lebih baik dan lebih berkesan kita boleh bantu rakyat dengan apa yang mereka perlukan. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan