NAJA
BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau memiliki sebuah banglo.
Beliau yang juga Presiden parti MUDA itu mendedahkan bahawa banglo yang didiami bukan miliknya dan hanya disewa.
“Ini rumah sewa. Bayar setiap bulan. Rumah tak ada kolam renang. Ada tiga bilik dan pejabat.
“Bila jadi menteri, ditawarkan tanah tapi saya tolak. Rumah banglo menteri pun saya tolak. Saya pilih opsyen sewa rumah,” ciapnya di Twitter pada malam tadi.
Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian menjawab pertanyaan Mario, pengguna Twitter yang mempersoalkan pengisytiharan harta dibuat Syed Saddiq berjumlah RM722,312 pada 2019.
Mario turut memuat naik gambar rumah banglo tersebut yang didakwa dilengkapi kolam renang mudah alih.
Menurut Syed Saddiq, beliau pada 2019 juga menjadi menteri pertama mengisytiharkan jumlah aset peribadinya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan