HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Februari 2022

Annuar Musa saran calon PRN Johor guna saluran radio perkenal diri

  Wartawan Suara Merdeka

Raya Negeri (PRN) Johor termasuk pembangkang menggunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM), mereka boleh menggunakan saluran radio negeri sebagai altenatif lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ruang untuk calon tampil dalam saluran radio dilihat lebih cerah berbanding kemunculan di televisyen kerana masa siaran yang sangat terhad.

Menurutnya, tidak banyak ruang untuk calon-calon buat kemunculan memperkenalkan diri secara fizikal di RTM kerana PRN Johor bersifat pilihan raya negeri sedangkan RTM adalah bersifat nasional.

“Bagi siaran televisyen hanya paparan latarbelakang dibenarkan tetapi tidak secara penampilan fizikal
kerana kita tidak boleh ambil ‘air time’ terlalu banyak kerana PRN ini bersifat negeri dan bukannya
bersifat nasional.

“Namun saluran radio negeri milik RTM boleh diberi ruang yang lebih baik untuk calon-calon PRN termasuk pembangkang menjadikan medium untuk memperkenalkan diri mereka.

“Apa pun saya serahkan kepada RTM dan radio untuk menentukan kaedah mengikut apa yang sesuai,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sembang Santai Keluarga Malaysia di Villa D’Acua Resort, Masjid Tanah, di sini hari ini.

Annuar berkata, seperti di PRN Melaka, November tahun lalu, semua calon termasuk Bebas turut diberi ruang untuk mereka memperkenalkan diri dan situasi yang sama turut diberikan pada PRN Johor pula.

“Peluang harus diberikan kepada semua calon tidak kira pembangkang, Bebas atau kerajaan kerana semua terlibat menjayakan proses demokrasi,” ujarnya.

Melalui ruang yang diberikan itu katanya, rakyat berhak untuk mengenali dan membuat pilihan sendiri calon mana yang disukai mereka menjelang penamaan calon tidak lama lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini.

Tiada ulasan: