Parlimen bubar selewatnya penghujung Februari ?
Oleh : Sang Kelembai
Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghadapi protes dan desakan dari para pengundi dan rakyat yang meminta satu pilihan raya yang bersih dan adil, dengan tiba-tiba Pengerusi SPR membuat kenyataan yang mengejutkan semua pihak kecuali mereka yang tidak ambil peduli kenyataan itu.
Semenjak Malaysia Merdeka 50 tahun yang lalu, sudah ditanamkan kepada pemikiran rakyat bahawa soal pembubaran Dewan Rakyat (bukan Parlimen, kerana Parlimen mengandungi dua elemen lagi ia itu Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara) di bawah bidang kuasa prerogatif atau hak mutlak Perdana Menteri membubarkannya dengan perkenan (persetujuan dekri) Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimana kuasa Perlembagaan Malaysia dalam Bab 4m Perkara 55 (2) hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memberhentikan atau membubarkan Parlimen dan dalam Perkara 55(2) walau pun Yang di-Pertuan Agong terikat dengan Bab 3 Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat dan jika Perdana Menteri telah menasihatkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Dewan Rakyat tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak semesti menerima nasihat itu kerana Perkara 40(2) dengan jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugasnya, antara lain "tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen" ia itu Dewan Rakyat.
Maka bertanyalah sebilangan orang yang hendak tahu, adakah kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berkata beliau tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat memberitahunya dan dia menambah lagi,"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan," seperti yang dilaporkan itu maka pertanyaan dan soalan kita adalah, adakah Pengerusi SPR itu telah diberitahu oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh Perdana Menteri?
Kemungkinan yang pertama ia itu Yang di-Pertuan Agong memberi tahu kepadanya tidak ada kemungkinannya. Jadi siapakah yang memberitahu beliau tarikh akan adanya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12?
Jika Perdana Menteri memberitahu kepadanya bila hendak membubarkan Parlimen (Dewan Rakyat) maka jelasnya SPR sudah menjadi alat parti pemerintah dan mengikut kehendak orang politik yang mendukung kerajaan, walhal SPR mesti bebas kepada semua ini.
Mengikut cerdik pandai undang-undang Perlembagaan bahawa usia Dewan Rakyat adalah dikira setelah PRU diadakan pada tarikh ahli-ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat bila mana keputusan SPR itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan diadakan titah supaya diadakan sidang Dewan Rakyat.
Tidak boleh diadakan sidang Dewan Rakyat selagi keputusan SPR tidak diwartakan oleh Warta Kerajaan. Maka sidang Dewan Rakyat pada PRU yang ke-11 telah diadakan pada 19hb Mei 2004, maka bererti pada hari ini usia Dewan Rakyat ialah 3 tahun 6 bulan dan dia genap berusia 4 tahun pada 19hb Mei 2008.
Kenapa dengan tiba-tiba 'mood' PRU berada di kalangan rakyat terbanyak khasnya parti-parti politik?
Ini kerana berpunca satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Umno - Abdullah Hj Ahmad yang mana dengan tiba-tiba menangguhkan kesemua pemilihan jawatan dalam Umno, yang bermula dari Umno Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi yang berakhir secara automatik pada tahun 2007.
Memanglah sesuai Presiden Umno itu membuat kenyataan penangguhan itu pada tahun 2006 kerana menjadi kebiasaan Majlis Tertinggi akan mengeluarkan perintah tarikh persidangan Umno Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung, walaupun perintah persidangan dikeluarkan tetapi tidak ada agenda pemilihan jawatan di semua peringkat.
Maka dari segi prinsipnya kuasa 10.17 Perlembagaan Umno yang memberi kuasa Majlis Tertinggi Umno berhak menangguhkan pemilihan di semua peringkat akan berkuasa dikira 18 bulan pada tarikh 1hb Januari 2007.
Ini bererti pemilihan Umno semua peringkat akan diadakan selewatnya pada penghujung bulan Jun 2008. Dan sekiranya tidak pemilihan apa-apa jawatan pada dan selepas bulan Julai, semua pemegang jawatan di peringkat Umno Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi Umno adalah haram dari segi Perlembagaan Umno dan Pendaftar Pertubuhan.
Itu agaknya yang menyebabkan Presiden Umno setelah mendapat nasihat dari anak menantunya kelulusan Oxford menangguhkan pemilihan Umno bagi membolehkan impian anak menantunya untuk menjadi Perdana Menteri bawah umur 40 tahun akan kecapaian kerana kedudukan sebagai Naib Ketua PPU beliau berhak untuk bertanding jawatan ahli Parlimen dan di lantik menjadi Menteri.
Kerana seperti mana yang dilaporkan dengan wang yang berjumlah berjuta ringgit diberikan oleh Singapura memaksa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diketuai oleh Khalil Yaakob mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan. Dengan duit juga nanti kesemua Ketua-Ketua Umno Bahagian akan akur meletakkan Khairy Jamalludin sebagai Menteri walau kepentingan Melayu dan Umno akan terancam.
Maka bilakah agaknya PRU ke-12, jawapannya mudah ia itu akan berlaku sebelum Mac 2008 kerana ini membolehkan selama tiga bulan persidangan Umno dijalankan serentak dalam masa yang singkat. Kepada Abdullah Hj Ahmad pemilihan Umno Cawangan kepadanya tidak penting, pemilihan kepada peringkat Umno Bahagian juga boleh diatur, di mana-mana orang yang tidak sehaluan dengannya atau anak menantunya akan digugurkan, maka mereka yang telah terpilih menjadi wakil rakyat terutama menjadi Exco atau Menteri secara biasa akan mudah menjadi Ketua Umno Bahagian dan secara automatik Presiden Umno akan tidak ditentang.
Kepada Abdullah Hj Ahmad soal Melayu, soal Umno dan negara terletak nombor 10 mungkin yang keseratus, Padanya yang penting memperkayakan keluarganya yang terdiri dari anak, menantu, adik dan saudara mara.
Baginya itulah kepuasan dalam hidupnya sebagai Perdana Menteri. Kerana dia sudah belajar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersara dan kemudian dimaki hamun oleh orang yang menaikkannya, maka lebih baik dia menyediakan kehidupan mewah yang terletak ribuan kilometer dari Malaysia iaitu di Australia, di mana rumah mewahnya yang diubahsuai, perahu layar hasil rasuahnya dan kapal jet peribadi milik anaknya dan pemberian Patrick Badawi,
Maka tidak peduli soal Perlembagaan Umno dan Perlembagaan Malaysia, kerana pembubaran Dewan Rakyat terletak di tangan dia. Maka tarikh yang sesuai ialah pada bulan Februari, kalau boleh sebelum Tahun Baru China, kerana dia sedar bahawa ukuran ekonomi negara bukan terletak kepada orang Melayu, orang Melayu bangsa yang subsidi...semuanya percuma tidak terasa perubahan ekonomi, dia bekerja dengan kerajaan dapat gaji bulan berbeza dengan orang Cina, mereka golongan berniaga.
Mereka sudah buat perbandingan jualan perayaan Hari Raya dan Deepavali dan Krismas tahun 2007 amat berbeza dengan tahun 2006, kejatuhan sampai 40 % dan tak mungkin mereka hendak memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional.
Begitu juga orang-orang
Rendahlah taraf berfikir orang India jika masih lagi hendak mengundi Barisan Nasional setelah dihina oleh menantu Perdana Menteri dan jika masyarakat India masih tidak berubah, sia-sia selama 50 tahun pemimpin masyarakat India di Malaysia hendak menghapuskan kasta paria, maknanya kasta paria masih banyak lagi di Malaysia walau usaha sudah dibuat bagi menghapuskan keturunan India yang membanggakan kasta seperti di tanah asalnya di India kerana India di Malaysia adalah warganegara yang sama taraf dengan semua warga di Malaysia dan bangsa Malaysia yang bersatu.
Jika orang Cina dan India bergabung dalam kedudukan hanya 40% dalam satu kawasan pilihan raya dan dibantu oleh anak muda Melayu yang berpendidikan dan mereka-mereka yang sedar sejumlah 25% sudah cukup untuk 40 kawasan Parlimen pengundi 55 Melayu dan 45 bukan Melayu, calon Barisan Nasional di kalahkan.
Pilihan raya Umum 2008 akan memberi pembuktian peralihan generasi pengundi, jika Barisan Nasional tewas dalam PRU kali ini dan ini memberi erti bahawa sudah tiba masanya Umno dikapankan dan dikuburkan selamanya.
Dan jika Barisan Nasional menang dengan majoriti yang besar, ini bererti bahawa rakyat merestui apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad dan yang mengundi pembangkang bolehlah berkata bahawa mereka sudah melunaskan tanggungjawab mereka.
Sang Kelembai: Kata Abdullah Hj Ahmad..bahawa dia pantang dicabar. Maka rakyat sudah mencabar dia dalam perhimpunan Bersih 100 ribu. Sekarang terserah kepada rakyat mahu terima tidak cabaran bahawa orang Melayu.. Cina..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan