HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 November 2007

Seramai 549 anggota polis disiasat atas dakwaan rasuah

Roy Rasul


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Seramai 549 anggota polis disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas pelbagai dakwaan rasuah.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, siasatan tersebut dibuat sejak tahun 2005 hingga September 2007.

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 269 kes melibatkan anggota polis masih dalam tindakan.

Abdullah berkata demikian, dalam jawapan bertulisnya kepada Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Salahuddin dalam soalannya kepada Perdana Menteri dalam sesi soal jawab mengemukakan berapa ramai pegawai polis dan BPR yang disiasat kerana tuduhan rasuah?

Menurut Abdullah, dalam tempoh yang sama, tiada siasatan dijalankan yang melibatkan mana-mana pegawai BPR.

Dalam pada itu, semasa berucap dalam soalan tambahan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini, Salahuddin mempersoal kepada kerajaan bahawa tidakkan kerajaan bercadang untuk perkenalkan konsep 'house arrest' bagi kesalah-kesalahan yang dikategorikan tidak begitu merbahaya seperti hukumana-hukuman denda kurang daripada RM2000 dan seumpamanya.

"Langkah ini adalah salah satu cara untuk mengatasinya dan ada di negara-negara lain di dunia ini yang menggunakan 'house arrest' dan didapati sangat berkesan dan dan menyesakkan penjara-penjara yang ada," katanya.

Sementara itu, semasa menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Fu Ah Kiow berkata, setakat ini kerajaan belum memikirkan pelaksanaan konsep tersebut.

Sebaliknya beliau berkata, apa yang diluluskan oleh parlimen ialah sistem 'Seaso' di mana kalau mereka terbabit dalam kesalahan kecil-kecilan mereka boleh diperintah mahkamah untuk menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat, iaitu mereka yang di bawah umur 21 tahun.

"Itu adalah pelaksanaan dan persiapan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia," katanya. - mks.

Tiada ulasan: