Terima hakikat harga petrol, gas naik tahun depan
Oleh MOHD ARSHI DAUD & NOR BAIZURA BASRI
Berikutan kenaikan harga minyak mentah yang mendadak dan mungkin mencecah AS$100 setong, kerajaan membayangkan bahawa ia tidak lagi dapat menanggung beban memberi subsidi bahan api yang dianggarkan meningkat kepada lebih RM35 bilion tahun ini.
Rakyat
Bagaimanapun, ada yang meminta keadilan dan ketelusan dalam mekanisme penetapan harga dalam menetapkan harga baru bahan api.
"Saya perlu mengurangkan atau menghentikan aktiviti tidak perlu seperti makan di luar atau menamatkan pakej Astro yang mahal," kata Shahrul Izzan, bapa empat orang anak, yang perlu menanggung kos petrol yang lebih tinggi tahun depan berdasarkan kenderaan pelbagai gunanya yang menggunakan petrol yang banyak.
"Saya sanggup membayar lebih untuk petrol, namun saya tidak nampak rasionalnya sistem harga dua peringkat bagi produk petroleum seperti yang dicadangkan.
Menerusi subsidi bahan api, harga domestik petrol premium RON97 ditetapkan pada harga RM1.92 seliter hingga akhir tahun iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus seperti yang diumumkan Februari tahun lepas.
Begitu juga bagi harga gas semasa yang kekal sejak 1 Okt, 2002, walaupun sepatutnya berakhir pada 2005.
Pengeluar tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) membayar RM6.40 bagi setiap juta unit termal British (MMBtu), pengguna industri membayar RM12.87 manakala pengguna kediaman pada kadar RM19.72.
"Ini melindungi kita daripada kenyataan sebenar. Akibat sudah biasa dengan persekitaran harga bahan api yang stabil, pengguna mengambil mudah dan beranggapan bahawa harga runcit tidak akan berubah apabila harga minyak mentah dunia terus meningkat," kata Yeah.
Sumber dalam industri minyak dan gas berkata pengurangan subsidi gas perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat menerusi dasar tenaga yang holistik yang turut bertujuan memastikan penyaluran gas yang lebih cekap.
Beliau yang mendakwa hanya 10 peratus gas untuk penggunaan tempatan diperuntukkan untuk sektor bukan tenaga, berkata banyak pengilang boleh mendapat akses kepada gas yang disubsidi jika bahan api untuk sektor tenaga dialihkan kepada sektor bukan tenaga.
Menurut Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), sehingga Mac 2007, hanya 637 pengilang melanggan dengan Gas Malaysia Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan gas kepada perniagaan, industri dan rumah.
"Jika kerajaan boleh mengurangkan subsidi gas kepada pengeluar tenaga, terutama Tenaga Nasional dengan menjadikannya lebih mahal daripada arang batu, tidak ada insentif untuk penukaran penjanaan elektrik daripada gas kepada bahan api altenatif. Dengan itu, lebih banyak gas boleh disalurkan kepada industri," katanya.
Bekalan gas yang terhad untuk sektor bukan tenaga menghalang keupayaan Gas
Sumber itu berkata apabila subsidi gas dikurangkan, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai untuk memastikan pengilang tidak melepaskan kos yang semakin meningkat kepada pengguna.
"Jangan membelakangkan pengilang yang menggunakan gas kerana mereka sudahpun menikmati penjimatan yang besar," katanya menerangkan hakikat bahawa gas adalah 56 peratus lebih murah berbanding "medium fuel oil" (MFO), 72 peratus lebih murah berbanding diesel serta separuh daripada harga pasaran antarabangsa bagi gas," katanya.
Seorang penganalisis pula berkata orang ramai akan lebih menghargai kerajaan jika ada sistem yang membolehkan mereka mendapat notis yang panjang mengenai sesuatu peningkatan harga.
Ia boleh dilaksanakan dalam bentuk jadual umum yang menunjukkan paras harga minyak mentah dunia yang mendorong peningkatan harga produk-produk petroleum tempatan.
"Adalah lebih baik kerajaan dapat memberikan satu bentuk jadual yang mencetuskan tanda-tanda kenaikan harga petrol," katanya.
"Ia melibatkan masa. Kita sudah tahu mengenai kadar tol di lebuh raya dan utiliti lain akan naik tahun depan. Orang ramai perlu diberikan masa yang mencukupi untuk menerima impak kenaikan supaya mereka boleh merancang perbelanjaan masing-masing.
"Dengan cara ini, orang ramai boleh cepat menyesuaikan diri dengan pasaran baru dan keadaan ekonomi dengan mengubah tabiat berbelanja jika harga bahan api terus meningkat," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Yeah berpendapat peningkatan kesedaran berdasarkan jadual itu dapat memastikan kenaikan harga bahan api seterusnya tidak mudah dipolitikan.
Mengenai kesan harga bahan api yang lebih tinggi ke atas ekonomi tahun depan, beliau berkata harga dan tekanan kos boleh dikurangkan menerusi pengukuhan ringgit yang berterusan, peningkatan kecekapan di kalangan pengeluar serta mengguna pakai alternatif yang lebih murah.
Bagi kesan kenaikan harga bahan api ke atas pelaburan langsung asing (FDI), Yeah berkata peningkatan harga komoditi itu bukan fenomena tempatan dan pelaburan tidak berasaskan kepada satu faktor semata-mata.
Pengerusi Majlis Perniagaan Amerika-Malaysia, Joseph Alhadef berkata banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kemasukan FDI selain bahan api.
"Tidak ada keputusan yang dibuat berdasarkan satu faktor semata-mata. Ia selalunya melibatkan pelbagai faktor seperti infrastruktur, pendidikan dan tahap kemahiran tenaga kerja serta bagaimana negara menangani isu kelebihan saingan dan kuasa membeli," katanya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berkata sektor swasta dan persendirian di
Beliau berkata syarikat-syarikat berkenaan memaklumkan kepada kementerian itu mereka sudah menerima kenyataan terhadap situasi itu dan berharap impaknya tidak serius.
"Mereka menerima hakikat. Mereka pragmatik, dan hanya berharap peningkatan itu tidak terlalu tinggi," katanya.
Jika ada sinar harapan tahun depan, ia adalah nombor lapan dalam 2008.
Lapan atau "Fatt" dalam dialek Kantones bermaksud makmur. Walaupun 2008 mungkin menyaksikan harga bahan api yang lebih tinggi, ia mungkin juga membawa kemakmuran kepada semua. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan