HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 November 2007

Satu lagi bangunan berharga RM6 juta bakal runtuh

IPOH: Sebuah lagi bangunan dijangka runtuh. Bangunan Pusat Pelantar Perikanan Banding, terletak di hadapan bangunan pentadbiran Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) bernilai RM4.5 juta di Tasik Temenggor yang runtuh awal minggu ini, mungkin runtuh juga, menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata tanah yang menempatkan pusat perikanan bernilai RM6 juta itu juga sudah mulai runtuh.

'Saya telah mengarahkan Jabatan Perikanan untuk mengambil tindakan segera.

'Selepas melihat apa yang telah terjadi (kepada bangunan perbadanan itu), saya memberitahu jabatan itu untuk menggunakan sedikit daripada pengagihannya untuk memperkukuhkan tanah supaya ia tidak runtuh.

'Jika ia runtuh, bangunan itu juga akan runtuh,' kata beliau kelmarin selepas mengedarkan surat tawaran untuk memindahkan 471 penduduk kawasan setinggan dari Ulu Kinta.

Siasatan terhadap bangunan PTNP yang runtuh itu kini diluaskan untuk mengambil kira akaun-akaun projek bernilai RM4.5 juta itu.

Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak, Samsiah Abu Bakar, berkata agensi itu telah membentuk sebuah pasukan terdiri daripada tiga akauntan forensik untuk memeriksa buku-buku akaun, terutama perihal pengkosan bangunan yang runtuh itu.

Sebuah badan profesional dibentuk untuk menjalankan siasatan, termasuk terhadap perunding dan kontraktor, berhubung kejadian runtuhan bangunan tersebut. -- The Star.

Tiada ulasan: