HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 November 2007

PLUS tunggu kabinet untuk naikkan tol

KUALA LUMPUR: Pengendali tol jalan raya, Expressways Bhd, masih menunggu keputusan kerajaan mengenai cadangan kenaikan harga tol tahun depan dan kuantum yang terbabit, kata pengarah urusan Noorizah Abdul Hamid hari ini.

"Saya tidak tahu bila Kabinet akan membincangkan perkara ini. Kami hanya menunggu kerajaan untuk memaklumkan kami," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu di sini.

Menurutnya, PLUS berhak menaikkan tol 10 peratus untuk tempoh tiga tahun akan datang dari Januari 2008 selepas kenaikan yang terakhir dalam Januari 2005 berdasarkan perjanjian dengan kerajaan.

PLUS mengendalikan rangkaian lebuhraya bertol yang terdiri dari Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Baru, sebahagian Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 antara Subang dan Klang dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Ketika ditanya mengenai jumlah pampasan yang bakal diperolehi PLUS jika kerajaan membuat keputusan menangguhkan kenaikan tol berkenaan, katanya: "Kami tidak tahu sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak atau sama ada akan dilakukan kenaikan kecil atau berapa lama ia akan ditangguhkan.

"Jadi, pampasannya akan dikira berdasarkan apa yang akan dibenarkan oleh kerajaan bagi kami lakukan mengikut peruntukan dalam perjanjian konsesi dan ia bergantung kepada trafik sebenar.

Menteri Kerjaya Datuk Seri S. Samy Vellu memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan perlu membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi tol jika mereka tidak dibenarkan menaikkan caj tol pada tahun depan. BERNAMA

Tiada ulasan: